Cari:
Komunikasi Tanah Besar-Taiwan Boleh Diteruskan
2016-05-21 15:19:33 CRI Cetak

Jurucakap Jabatan Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Ma Xiaoguang hari ini berkata, mekanisme perhubungan dan komunikasi antara jabatannya dengan Majlis Hal-Ehwal Tanah Besar (MAC) Taiwan boleh diteruskan jika MAC mempertahankan Konsensus 1992 yang menunjukkan dasar "Satu China" sebagai asas politik bersama.

Menurut Ma, sejak mekanisme berkenaan ditubuhkan, kedua-dua badan ini kerap berkomunikasi, mengadakan mesyuarat kerja sebanyak lima kali dan mewujudkan talian penting. Mekanisme itu bermanfaat bagi kedua-dua pantai Selat Taiwan berkomunikasi dengan segera, mengelakkan salah faham dan mengawal percanggahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China