Cari:
China, Dominan Melindungi Kestabilan Laut China Selatan
2016-05-22 14:43:31 CRI Cetak

China sentiasa menahan diri dalam isu Laut China Selatan dan bersikap membina dan bertanggungjawab untuk menangani pertikaian di perairan tersebut. Sehubungan dengan itu, negara ini merupakan dominan dalam melindungi kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China di Britain, Liu Xiaoming dalam ucapannya di Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (IISS) pada 20 Mei lalu.

Menurut Liu, Beijing sentiasa berpendirian mengamalkan sikap menahan diri dalam isu Laut China Selatan, dan berpendapat bahawa kestabilan dan keamanan Laut China Selatan perlu dikekalkan, manakala pertikaian perlu diselesaikan melalui rundingan damai, perselisihan perlu dikawal melalui pelaksanaan mekanisme, kebebasan lalu lintas di rantau Laut China Selatan perlu dikekalkan serta bekerjasama untuk merealisasikan situasi saling menguntungkan dan memang-menang.

Ketika menyebut tentang isu "ketenteraan" di Laut China Selatan, Liu Xiaoming berkata, justru pelbagai tindakan provokasi Amerika Syarikat yang menunjuk-tunjukkan keupayaan ketenteraannya yang telah menegangkan situasi di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China