Cari:
Pentagon: Pemimpin Taliban Dipercayai Terbunuh
2016-05-22 14:06:02 CRI Cetak

Pemimpin Taliban, Mullah Akhtar Mohammad Mansoor, dipercayai terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu.

Setiausaha Akhbar Pentagon, Peter Cook dalam satu kenyataan semalam berkata, serangan dilancarkan di kawasan terpencil sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Menurut Cook, Mansoor, yang dianggap sebagai penghalang kepada keamanan dan penyatuan antara Taliban dengan kerajaan Afghanistan, melarang tokoh atasan Taliban menyertai rundingan damai.

Kematian Mansour, jika disahkan, akan merupakan tamparan yang hebat kepada Taliban, walaupun belum cukup membolehkan AS menarik diri daripada konflik yang sudah membabitkan ribuan tentera negara itu selama hampir 15 tahun.     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China