Cari:
DPRK Syor Rundingan dengan Korea Selatan untuk Elak Perang
2016-05-22 14:08:04 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) bercadang mengadakan rundingan awal dengan Korea Selatan melibatkan topik ketenteraan, yang dikatakan dapat mengelakkan benih "Perang Korea" kedua.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan DPRK semalam, pihaknnya bercadang untuk melaksanakan dialog di peringkat kerjasama terbuka antara pihak berkuasa ketenteraan kedua-dua negara pada tarikh dan tempat yang dipersetujui Pyongyang dan Seoul pada penghujung Mei atau awal Jun.

Rundingan itu merupakan isu penting yang secara langsung berkaitan dengan kewujudan bangsa Korea, sekali gus meredakan ketegangan ketenteraan dan mengekang kemungkinan tercetus "Perang Korea" kedua.

Seoul bertegas hanya akan mempertimbangkan untuk turut serta dalam dialog dengan Pyongyang jika Pyongyang mengambil langkah menghentikan penggunaan senjata nuklear.

DPRK sebelum ini mengulangi pendiriannya bahawa isu senjata nuklearnya bukan untuk dirundingkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China