Cari:
China Juara Piala Uber 2016
2016-05-22 14:11:47 CRI Cetak

China merangkul kejuaraan Piala Uber ke-14 selepas menundukkan Korea Selatan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, timur China, semalam.

Perseorangan utama China, Li Xuerui menyumbang mata pertama dengan menumbangkan Sung Ji Hyun 14-21, 21-13, 21-1, namun beregu utama Korea Selatan, Jung Kyun Eun-Shin Seung menyamakan kedudukan selepas menewaskan Tian Qing-Zhao Yunlei 21-16, 17-21, 23-25.

Bagaimanapun, perseorangan kedua China, Wang Shixian kembali meletakkan negara tembok besar ini di hadapan selepas mengalahkan Kim Hyo Min 21-13, 21-12.

Pasangan Chen Qingchen-Tang Yunting melengkapkan kemenangan 3-1 China selepas membenamkan Chang Yee Na-Lee So Hee 21-14, 21-16.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China