Cari:
Asap dalam EgyptAir sebelum Terhempas
2016-05-22 14:15:11 CRI Cetak

Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) semalam berkata, pesawat EgyptAir MS804 yang terhempas ke Laut Mediterranean dengan membawa 66 orang penumpang dan anak kapal menghantar mesej automatik menandakan terdapat asap di dalam kabin.

Media Perancis memetik jurucakap BEA sebagai berkata, terdapat mesej ACARS dihantar oleh pesawat Airbus A320 itu yang menunjukkan terdapat asap di dalam kabin sejurus sebelum terputus hubungan.

ACARS yang merujuk kepada Sistem Penyampaian Komunikasi dan Laporan Pesawat adalah sistem digital yang berfungsi menghantar mesej pendek secara automatik antara pesawat dengan stesen bumi.

Mesej tersebut menunjukkan asap tebal di bahagian depan pesawat, khususnya bahagian tandas dan tempat peralatan di bawah kokpit.

Menurut jurucakap itu, adalah terlalu awal untuk mentafsirkan dan memahami punca nahas pada Khamis lalu selagi pihak berkuasa belum menjumpai bangkai dan perakam data pesawat itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China