Cari:
China Menyumbang Tenaga Bagi Matlamat Pembangunan Berterusan Kesihatan 2030
2016-05-24 10:19:10 CRI Cetak

China menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendorong pelaksanaan matlamat pembangunan berterusan kesihatan 2030 di peringkat antarabangsa, serantau dan negara, serta bersedia untuk memberi sumbangan sendiri untuk matlamat itu.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan dan Rancangan Keluarga Negara, Li Bin dalam perbahasan umum persidangan WHO ke-69 semalam.

Menurut beliau, kerajaan China telah mengemukakan konsep pembangunan yang berorientasikan "inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi", membuat keputusan penting bagi "mendorong pembinaan China yang sihat" yang dirangkumi dalam strategi pembangunan negara.

Selain itu, China secara aktif menyertai pelbagai tindakan dan tadbir urus kesihatan global, menyokong kerjasama Utara-Selatan dan Selatan-Selatan dalam bidang kesihatan, meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti WHO, pertubuhan bukan kerjaan serta pelbagai negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China