Cari:
Pendirian China tentang Penganggotaan Kumpulan Pembekalan Nuklear Tidak Merujuk Pakistan
2016-05-24 15:08:46 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas permohonan Pakistan untuk menganggotai Kumpulan Pembekal Nuklear (NSG) berkata, Pakistan bukan negara pemateri Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT), NSG sepatutnya mengadakan perbincangan penuh tentang keanggotaan negara bukan pemateri NPT terlebih dahulu.

Hua berkata, negara anggota NSG masih mempunyai pendapat yang berbeza dalam isu keanggotaan negara bukan pemateri NPT.

China dan pelbagai negara berpendpat bahawa sama ada negara bukan pemateri NPT dapat menganggotai NSG atau tidak harus dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau menegaskan, pendirian China tersebut diguna pakai untuk semua negara bukan pemateri NPT, bukan hanya menyasar Pakistan.   

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China