Cari:
Perhimpunan Wanita G20 Dirasmikan
2016-05-25 15:42:42 CRI Cetak

Perhimpunan Wanita Kumpulan 20 (G20) yang dianjurkan Persekutuan Wanita China telah dirasmikan di Xi'an pagi tadi. Naib Presiden China, Li Yuanchao, dan Pengerusi Persekutuan Wanita China, Shen Yueyue telah menghadiri majlis perasmian tersebut.

Perhimpunan yang bertemakan "terlibat secara saksama, membangun secara inovasi" itu merupakan sebahagian agenda daripada Sidang Kemuncak G20. Ia turut disertai hampir 200 orang wakil dari negara anggota G20, negara tetamu kehormat dan pertubuhan antarabangsa.

Li Yunchao ketika berucap dalam majlis perasmian itu berkata, pelbagai negara perlu membuat strategi pembangunan masing-masing, membaharui langkah dan dasar untuk mendorong wanita mengambil bahagian dalam pembangunan secara saksama, membangkitkan "penggerak wanita" dan menyumbang "tenaga wanita" bagi pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China