Cari:
Pengintipan Pesawat AS terhadap China Amat Berbahaya
2016-05-27 11:23:02 CRI Cetak

Pesawat dari kapal induk Amerika Syarikat (AS) selalu menjalankan pengintipan yang dekat dengan China adalah tindakan yang amat berbahaya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun menyatakan demikian dalam sidang media semalam.

Mengulas tentang dakwaan AS mengenai dua pesawat China melakukkan aksi yang "kurang selamat" semasa menghalang sebuah pesawat pengintip AS minggu lalu, Yang Yujun berkata, dakwaan AS itu tidak berasas.

Pada hakikatnya ketika pesawat AS mendekati kawasan pulau Hainan untuk menjalankan pengintipan, pesawat China mengesan dan mengenalpasti pesawat AS itu menurut undang-undang, dan tindakan pesawat China itu selaras dengan "Norma Tatalaku Keselamatan Pertemuan di Udara dan Laut" yang dicapai antara kedua-dua negara ini.

Pihak AS digesa menghentikan tindakan pengintipan dekat dan mengelakkan kejadian seumpana itu daripada berulang lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China