Cari:
Sidang Kemuncak G20 Diharap Galakkan Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2016-05-27 14:39:13 CRI Cetak

 

Kementerian Luar China mengadakan sidang taklimat mengenai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)Hangzhou semalam. Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri sidang itu dan memberikan taklimat.

Beliau berkata, 28 Mei merupakan hari kira detik 100 hari menjelang Sidang Kemuncak G20. Pada ketika itu, Presiden China, Xi Jinping bersama pemimpin negara G20 akan berkumpul di Hangzhou untuk membincangkan cabaran dan masalah utama ekonomi dunia.

Beliau berkata, sidang kali ini bertemakan "ekonomi dunia yang inovasi, dinamik, koordinasi dan inklusif " dengan empat topik utama, iaitu "mencipta cara pertumbuhan yang baharu", "tadbir urus ekonomi dan kewangan global yang lebih efesien", "perdagangan dan pelaburan antarabangsa yang dinamik", dan "pembangunan inklusif dan koordinasi".

Bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, lokasi Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan pada 4 hingga 5 September tahun ini.

Beliau menambah, China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak supaya sidang kemuncak G20 dapat mencapai 10 hasil, iaitu menetapkan cetak biru cara pertumbuhan yang baharu, menetapkan pelan tindakan bagi agenda pembangunan berterusan 2030, menyusun strategi pertumbuhan perdagangan dunia, menetapkan prinsip dan panduan polisi pelaburan global, menggalakkan pembaharuan rangka kewangan antarabangsa dan lain-lain.

China berharap Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou dapat menggabungkan tenaga pelbagai negara, menggalakkan kerjasama ekonomi antarabangsa dan meningkatkan tadbir urus ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China