Cari:
China Bantah Jepun Besar-besarkan Isu Laut China Selatan
2016-05-28 15:07:28 CRI Cetak

China membantah Jepun mengambil peluang menganjurkan Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7)untuk membesar-besarkan isu Laut China Selatan. Situasi yang tegang kini diuar-uarkan sempena sidang kemuncak itu bukan sahaja akan menjejaskan keamanan di Laut China Selatan, malah juga tidak selaras dengan peranan G7 sebagai wadah pengawalan ekonomi negara maju.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Hua, semua tindakan China di Laut China Selatan adalah sah. China sentiasa memelihara kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan, namun ini bukan bermakna "pelayaran dengan sewenang-wenangnya". China dengan tegas menentang negara lain memfitnah China dengan alasan kebebasan pelayaran.

Beliau berkata, semakin banyak negara dan pertubuhan telah memahami dan menyokong China dan negara yang terlibat menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui perjanjian dua hala dan rundingan, menentang negara dari luar rantau ini campur tangan dalam isu Laut China Selatan, serta menyanjung tinggi usaha China demi menjaga keamanan dan kestablian rantau ini.

Hua Chunying menyatakan bahawa pelbagai pihak G7 diharapkan memegang pendirian dan sikap yang objektif dan adil, menghentikan ulasan yang tidak bertanggungjawab dan membuat perkara yang bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China