Cari:
Persidangan Alam Sekitar PBB Berakhir
2016-05-29 14:46:03 CRI Cetak

Persidangan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-2 selama 5 hari telah berakhir di ibu pejabat Program Alam Sekitar PBB (UNEP) di Nairobi, Kenya pada 27 Mei lalu. Sebanyak 25 resolusi dan pelan tindakan termasuk pengawalan dan pengurusan alam sekitar laut, menyekat perdagangan haram haiwan dan tumbuhan liar, telah dicapai dalam persidangan tersebut, di samping mendorong pelaksanaan Perjanjian Paris dan agenda pembangunan berterusan tahun 2030.

Ketua Pengarah Eksekutif UNEP, Achim Steiner dalam satu kenyataan selepas persidangan tersebut berkata, masalah alam sekitar merupakan salah satu masalah utama dalam pengembangan umat manusia. Oleh itu, diharapkan pelbagai hasil yang tercapai dalam persidangan tersebut dapat dilaksanakan di pelbagai negara demi pembangunan berterusan global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China