Cari:
Kazuhiro Tsuga: Ekonomi China Tetap Dinamik
2016-05-29 15:25:34 CRI Cetak

Presiden Syarikat Panasonic Jepun, Kazuhiro Tsuga baru-baru ini ketika diwawancara oleh wartawan di Beijing berkata, "walaupun beberapa media Jepun sering mendakwa ekonomi China menjadi lembap, namun saya melibat perubahan ekoran pembangunan ekonomi China yang pesat setiap kali saya melawat China."

Menurut beliau, tenaga pasaran dan tenaga kerajaan sama-sama memainkan peranan yang penting dalam ekonomi China. Di samping itu, populasi dan pasaran di China amat besar dan berpotensi besar.

Pembangunan kereta api laju China telah memberi kesan yang mendalam kepada Kazuhiro Tsuga. Selain itu, beliau juga menaruh perhatian terhadap perkembangan industri kereta tenaga alternatif di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China