Cari:
AS Digesa Pelihara Keamanan Asia Pasifik
2016-05-30 17:36:10 CRI Cetak

Tidak berkonflik, tiada konfrontasi, saling menghormati dan mewujudkan situasi menang-menang melalui kerjasama adalah selaras dengan kepentingan asas China dan Amerika Syarikat (AS), di samping membawa manfaat kepada keamanan serantau dan dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying sebagai membalas kenyataan Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter baru-baru ini yang menyebut China membina "Tembok Besar yang mengasingkan diri sendiri".

Hua dalam sidang media hari ini mendakwa, kenyataan tersebut adalah berdasarkan fahaman "perang dingin", dan menggesa AS menjalinkan kerjasama dengan China dalam usaha membentuk hubungan dua hala yang berorientasikan interaksi yang positif, inklusif dan bekerjasama demi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran rantau Asia Pasifik. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China