Cari:
Ekonomi Britain Dijangka Terjejas Jika Keluar EU
2016-05-30 13:13:32 CRI Cetak

Hampir 90 peratus ahli ekonomi Britain menganggap bahawa ekonomi Britain bakal terjejas sekiranya negara itu mengundurkan diri daripada Kesatuan Eropah (EU).

Ipsos MOR, sebuah firma penyelidikan pasaran di Britain dalam laporan yang dikemukakan semalam berkata, pihaknya telah menjalankan tinjauan terhadap lebih 600 ahli ekonomi yang berwibawa.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan 88 peratus ahli ekonomi berpendapat pengunduran Britain daripada EU bakal menjejaskan pasaran eksport seluruh EU.

Manakala, 82 peratus ahli ekonomi pula berpendapat hal tersebut bakal memberikan impak negatif kepada pendapatan keluarga Britain.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron mengeluarkan kenyataan sebagai berkata, tinjauan itu mengesahkan bahawa majoriti ahli ekonomi menentang pengunduran Britain daripada EU kerana bakal menjejaskan ekonomi negara, menutup peluang pekerjaan dan menyebabkan kenaikan harga barangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China