Rundingan Peringkat Tinggi Pertukaran Sosiobudaya China-AS kali ke-7 dan Dialog Strategik dan Ekonomi China-Amerika Syarikat (AS) kali ke-8 akan diadakan di Beijing pada 6 hingga 7 Jun nanti.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata, rundingan mengenai pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara tersebut akan dipengerusikan oleh Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dan Setiausaha Negara AS, John Kerry.
Melalui rundingan tersebut, kedua-dua pihak bakal bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, budaya, kesihatan dan sukan.
Di samping itu, Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS ke-8 pula akan dipengerusikan oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, ahli Dewan Negara, Yang Jiechi dan John Kerry.
Dalam pada itu, China berharap agar dialog itu dapat menggalakkan pelaksanaan konsensus penting dan mewujudkan kerjasama dua hala yang saling menguntungkan bagi menyumbang ke arah pembinaan hubungan baharu kuasa besar antara kedua-dua negara.