Cari:
AS Sanjung Tinggi Dialog Strategik & Ekonomi China-AS
2016-06-01 18:29:47 CRI Cetak

Dialog Strategik dan Ekonomi China-Amerika Syarikat (AS) pusingan kelapan bakal diadakan di Bejing pada awal bulan ini.

Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Danny Russel menyanjung tinggi mekanisme dialog dua hala yang penting itu.

Beliau menegaskan bahawa China dan AS perlu mengawal perselisihan dengan berkesan, di samping mendorong dan memperluas kerjasama.

Menurut Danny, kerjasama AS-China dalam isu perubahan iklim telah memainkan peranan utama yang cukup baik dan mendorong pelbagai negara di seluruh dunia mencapai Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim (UNFCCC) dalam Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Paris tahun lalu.

Kedua-dua negara juga bekerjasama dengan baik bagi menyelesaikan isu nuklear Iran dan isu nuklear Semenanjung Korea.

Selain itu, tentera kedua-dua negara juga meningkatkan interaksi dan menjalinkan kerjasama dalam isu penyakit berjangkit global, misi pengaman China dan isu Afghanistan.

Dialog keselamatan strategik dan rundingan peringkat tinggi pertukaran sosiobudaya juga mendorong kerjasama bilateral.

Sementara itu, mekanisme dialog juga menjadi platform yang penting bagi kedua-dua pihak untuk berbincang tentang perselisihan dan meredakan konflik.

Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan kelapan bakal diadakan pada 6 dan 7 Jun ini di Beijing.

AS menyatakan bahawa dialog itu akan berfokus pada cabaran dan peluang dua hala, rantau dan dunia serta kepentingan ekonomi dan strategi jangka masa pendek dan panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China