Cari:
Libya Sokong Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
2016-06-01 14:28:58 CRI Cetak

Kerajaan Libya mengulangi sokongan dan berpegang teguh dengan pendirian yang dikemukakan negara-negara Arab dalam "Deklarasi Doha" berhubung dengan isu Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Libya, Moussa al-Koni dalam pertemuan dengan Duta Besar China ke Libya, Li Zhiguo semalam.

Menurut Moussa, pihaknya berpendapat bahawa pertikaian berhubung dengan kedaulatan wilayah dan kawasan perairan perlu ditangani melalui prinsip permuafakatan.

Libya menyokong pertikaian Laut China Selatan diselesaikan melalui rundingan antara negara-negara terlibat berdasarkan persetujuan dua hala dan konsensus serantau sedia ada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China