Cari:
AS Keluarkan Amaran Perjalanan ke Eropah
2016-06-01 14:31:17 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran perjalanan kepada warganya sebagai peringatan mengenai risiko serangan pengganas yang mungkin berlaku di Eropah pada musim panas tahun ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS semalam, lokasi yang menjadi tumpuan pelancong asing di pelbagai negara Eropah pada musim panas tahun ini mungkin menjadi sasaran serangan pengganas.

Oleh hal yang demikian, pelancong AS perlu berwaspada semasa berada di lokasi-lokasi tertentu seperti restoran, pusat beli-belah dan kemudahan pengangkutan awam, serta semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak Euro UEFA 2016 dan Tour De Perancis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China