Cari:
Hak Kebebasan Beragama Penduduk Xinjiang Dihormati
2016-06-02 17:07:06 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan kertas putih berhubung dengan hak kebebasan beragama di Xinjiang.

Menurut kertas putih tersebut, menghormati dan melindungi kebebasan beragama merupakan dasar asas jangka panjang kerajaan China dan sebarang pencabulan terhadap perkara tersebut akan dikenakan tindakan di sisi undang-undang.

Untuk menghormati perasaan, kepercayaan dan keperluan umat Islam di Xinjiang, khususnya pada bulan Ramadan, kertas putih itu turut menyebut semua pemilik restoran halal boleh menentukan sendiri waktu beroperasi masing-masing tanpa sebarang gangguan.

Di samping itu, pihak berkuasa Xinjiang juga meningkatkan perkhidmatan awam bagi menjamin aktiviti keagamaan dapat berjalan dengan lancar.

Menurut kertas putih itu, tradisi umat Islam di Xinjiang dihormati sepenuhnya, khususnya semasa perayaan penting seperti Hari Raya Korban dan Hari Raya Aidilfitri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China