Cari:
Sun Jianguo Bertemu Toru Mimura
2016-06-05 15:34:31 CRI Cetak
Naib Ketua Turus Jabatan Turus Bersama Suruhanjaya Tentera Pusat China, Sun Jianguo bertemu dengan Timbalan Menteri Pertahanan Jepun bagi hal ehwal antarabangsa, Toru Mimura di luar Dialog Shangri-La ke-15 di Singapura petang semalam.

Sun berkata, China amat mementingkan hubungan dengan Jepun dan menganggap bahawa hubungan baik antara China dengan Jepun bukan sahaja berkaitan dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.

China sentiasa bersikap positif terhadap pertukaran pertahanan dengan Jepun, dan berharap agar rundingan ke-10 mengenai isu keselamatan dan pertahanan dapat diadakan di China seawal mungkin demi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain serta menangani perselisihan melalui dialog.

Sun turut menegaskan semula pendirian China dalam isu Laut China Selatan, sambil menggesa Jepun supaya menghormati kepentingan China, tidak campur tangan dalam isu berkenaan dan mengambil tindakan praktikal untuk membaiki hubungan dengan China.

Mimura berkata, Jepun menganggap hubungan dengan China salah satu hubungan dua hala yang paling penting bagi Jepun. Dialog dan komunikasi antara kedua-dua pihak bukan sahaja membantu meningkatkan persefahaman dan membaiki hubungan bilateral, tetapi juga kondusif bagi memelihara keamanan dan kemakmuran serantau dan dunia.

Tamab beliau lagi, Jepun mementingkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang pertahanan. Pihaknya berharap dapat meningkatkan dialog dengan China, di samping menggalakkan pembentukan mekanisme perhubungan laut dan udara Jepun-China seawal mungkin demi menyumbang kepada penjalinan hubungan strategik yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China