Cari:
Sun Jianguo Bertemu Han Min-koo
2016-06-05 16:23:24 CRI Cetak

Naib Ketua Turus Jabatan Turus Bersama Suruhanjaya Tentera Pusat China, Sun Jianguo bertemu dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo di Singapura petang semalam.

Sun berkata, kini perkara yang paling penting adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan meredakan ketegangan secepat mungkin. China berharap Korea Selatan bertenang dan bersabar untuk menyelesaikan isu berkenaan melalui dialog dan rundingan.

China berpendapat bahawa penempatan Sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) telah melangkaui keperluan keselamatan normal AS dan Korea Selatan. Hal ini akan menegangkan situasi di semenanjung tersebut dan turut menjejaskan pembinaan Kesalingpercayaan strategik antara China dengan Korea Selatan.

China berharap Korea Selatan membatalkan rancangan berkenaan demi keamanan dan keselamatan di semenanjung itu.

Han Min-koo berkata, keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea berkaitan dengan ketenteraman rantau Asia Timur, dan perlu dipelihara melalui usaha sama masyarakat antarabangsa. China diharap memainkan peranan dengan langkah-langkah konstruktif untuk membawa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) kembali ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China