Cari:
Timbang Tara Bukan Pilihan Bijak
2016-06-05 15:03:47 CRI Cetak

Penimbangtaraan oleh tribunal di The Hague bukan pilihan bijak untuk menyelesaikan pertikaian berhubung isu Laut China Selatan. China bersedia bersama-sama dengan negara-negara terbabit untuk menyelesaikan pertikaian tersebut melalui rundingan damai.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Konsul Besar China di Houston, Zhao Yumin dalam ucaptama bertajuk "Pelihara Kedamaian dan Kestabilan di Laut China Selatan", pada majlis makan tengah hari anjuran Pusat Texas Persatuan Asia Jumaat lalu.

Tegas beliau, China komited untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan, di samping mengesyorkan agar isu berkenaan diselesaikan dengan cara meneroka bersama dan mengetepikan perselisihan. Tindakan Filipina membangkitkan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan kepada tribunal antarabangsa adalah tidak munasabah dan membelakangi undang-undang antarabangsa.

Neil Bush, wakil peribadi mantan Presiden AS, George Bush, pula berkata, hubungan AS-China antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia pada masa ini. Kedua-dua negara diharap berganding bahu mencari jalan penyelesaian yang bersifat membina dalam isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China