Cari:
Dunia Prihatin terhadap Keselamatan Nuklear
2016-06-07 15:01:20 CRI Cetak

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengadakan Mesyuarat Lembaga Gabenor untuk kali kedua tahun ini bagi membincangkan isu-isu hangat seperti keselamatan nuklear sejagat, kuasa nuklear, isu nuklear Iran, isu nuklear Semenanjung Korea dan lain-lain di Vienna semalam.

Sepanjang mesyuarat terebut, Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano memaklumkan keadaan pemeriksaan dan pemantauan IAEA terhadap kemudahan nuklear di Iran di bawah bimbingan resolusi Majlis Keselamatan PBB, serta keadaan pelaksanaan Perjanjian Muktamad Berhubung Isu Nuklear oleh negara itu. Yukiya menyatakan, laporan IAEA tersebut adalah objektif dan sahih. Selain itu, pihaknya juga meneliti sesetengah kemudahan dan lokasi nuklear di Iran berdasarkan Protokol Tambahan Perjanjian Kawal-Lindung Nuklear.

Yukiya menyeru pihak-pihak berkepentingan supaya terus menyumbang kepada pelaksanaan perjanjian muktamad berkenaan. Pada masa sekarang, usaha ini berada pada peringkat awal dan akan menempuh perjalanan yang agak jauh. Oleh itu, pihak-pihak terbabit perlu menaati komitmen untuk memastikan pelaksanaan perjanjian berkenaan supaya kekal lancar.

Ketika menyentuh tentang isu nuklear di Semenanjung Korea, Yukiya merayu kepada Pyongyang supaya menyokong resolusi berkenaan Majlis Keselamtan PBB dan menyambung semula kerjasama dengan IAEA. Menurut beliau, IAEA akan memulihkan kerja pemeriksaan terhadap kemudahan nuklear di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) pada bila-bila masa, sekali gus menyumbang kepada penyelesaian isu tersebut secara damai. Yukiya meluahkan rasa bimbang terhadap program pembangunan nuklear yang diusahakan oleh pihak berkuasa DPRK. Yang menyedihkan beliau adalah tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan keinginan Pyongyang untuk mematuhi resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan awal tahun ini.

Selepas berlakunya kemalangan nuklear Fukushima sejak tiga tahun lalu, kuasa nuklear merupakan satu bidang utama yang diberi perhatian besar oleh IAEA. Menurut statistik berkenaan, setakat 2015, terdapat 10 buah loji kuasa nuklear di seluruh dunia, yang mampu menjana kuasa elektrik, manakala 444 buah reaktor nuklear yang sedang beroperasi didapati di 30 buah negara, 65 lagi sedang dibangunkan dan dua pertiganya terletak di Asia. Yukiya mengingatkan, satu perkara yang perlu diambil berat adalah penutupan reaktor nuklear yang berusia lama. Pada masa ini, terdapat 157 buah reaktor nuklear di seluruh dunia telah ditutup dan banyak lagi juga akan dihentikan operasi. Menurut Yukiya, IAEA telah melancarkan satu program baharu untuk membantu negara-negara anggota menggubal strategi menghadapi perubahan iklim, antara lain penilaian terhadap kuasa nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China