Cari:
Perkongsian Mesra Alam China, AS Capai Hasil yang Memuaskan
2016-06-07 16:17:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Setiausaha Negara AS, John Kerry telah bersama-sama menyaksikan penandatanganan enam program perkongsian mesra alam antara China dengan AS di Wisma Tetamu Diaoyutai di Beijing pada 6 Jun lalu.

Yang Jiechi dalam perutusan tahniahnya berkata, kerjasama China dan AS dalam perubahan iklim telah mencapai hasil yang memuaskan hasil dorongan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden AS, Barak Obama. Sebagai salah satu komponen penting dalam kerjasama menangani perubahan iklim dua hala, sebanyak 42 program perkongsian mesra alam telah ditandatangani antara China dengan AS sejak dilaksanakan tujuh tahun yang lalu dan telah memanfaatkan banyak pihak yang terlibat. Kerajaan China akan giat melaksanakan pembangunan karbon rendah dan program kitar semula secara aktif bagi menangani perubahan iklim.

Kerry berkata, peningkatan kerjasama antara syarikat dengan pelbagai lapisan masyarakat kedua-dua negara bukan sahaja bermanfaat untuk menangani cabaran perubahan iklim, malah menggalakkan penggunaan sumber tenaga bersih dalam lebih banyak bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China