Cari:
China: Pemulihan Ekonomi Global Lemah Diakibatkan Masalah Struktur
2016-06-07 16:15:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Walaupun masih belum diketahui bila Amerika Syarikat (AS) akan menaikkan kadar faedah, namun tidak perlu terlalu bimbang akan hal tersebut kerana kesannya telah sebati dalam pasaran.

Menteri Kewangan China, Lou Jiwei berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung dengan kenaikan kadar faedah AS dalam sidang media selepas majlis perasmian Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan ke-8 sempena Rundingan Peringkat Tinggi Pertukaran Sosiobudaya China-AS pusingan ke-7 yang diadakan pada 6 Jun lalu.

Lou Jiwei memaklumkan bahawa China dan AS dalam Simposium "Situasi dan Dasar Makroekonomi" yang diadakan pada hari yang sama telah mengadakan perbincangan tentang tiga isu penting.

Pertama, ekonomi sejagat termasuk China dan AS bukan sahaja berdepan dengan cabaran, malah wujud masalah struktur dari akar umbi.

Kedua, entiti ekonomi utama, termasuk China dan AS harus melaksanakan dasar makroekonomi dan mengambil pelbagai langkah reformasi struktur untuk memacu pertumbuhan ekonomi masing-masing.

Ketiga, China dan AS perlu mengintensifkan komunikasi dan koordinasi dalam dasar ekonomi antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China