Cari:
Kerjasama Pelaburan China-AS Semakin Kukuh
2016-06-07 16:57:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Naib Perdana Menteri China, Wang Yang dan Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi bersama-sama dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J.Lew mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil syarikat China dan AS di Wisma Tetamu Diaoyutai di Beijing hari ini.

Wakil-wakil syarikat China dan AS berpendapat, perlu meningkatkan input teknologi, memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan serta membekalkan komoditi dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, mereka mengharap kerajaan kedua-dua negara meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dasar untuk menggalakkan keterbukaan dan mengurangkan halangan perdagangan bagi menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik.

Wang Yang menyatakan bahawa perkembangan pesat kerjasama pelaburan kedua-dua negara menunjukkan hubungan dua hala semakin kukuh dan prospek kerjasama amat cerah pada masa depan.

Kerry dan Jacob J.Lew masing-masing berkata, negaranya mengalu-alukan syarikat China melabur di AS dan juga bersedia untuk meningkatkan pelaburan negaranya di China bagi memacu pertumbuhan ekonomi China dan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China