Cari:
Sidang Kemuncak Bandar Kreatif UNESCO ke-2 di Beijing
2016-06-07 13:17:19 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Bandar Kreatif UNESCO ke-2 di Beijing semalam. Beliau dan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova telah bersama-sama merasmikan majlis itu. Liu Yandong dan Irina Bokova juga telah mengadakan pertemuan sebelum majlis itu diadakan.

Liu Yadong amat menghargai hubungan UNESCO dengan China dan turut menyatakan bahawa selepas Presiden China, Xi Jinping melawat ke ibu pejabat UNESCO, kerjasama kedua-dua pihak telah meningkat ke tahap baharu. Beliau berharap agar kedua-dua pihak dapat menjalankan lebih banyak kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, terutamanya pertukaran budaya dan saling mempelajari mengenai ketamadunan.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Kreatif dan pembangunan mampan" itu bakal membincangkan kaedah untuk menghadapi bersama pelbagai cabaran global melalui kerjasama inovasi dan interaksi rangkaian komunikasi bandar kreatif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China