Cari:
China dan AS Kuat Kuasa Perjanjian Paris
2016-06-07 13:28:42 CRI Cetak

Utusan khas bagi urusan perubahan iklim China, Xie Zhenhua semalam berkata, dialog antara China dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai kaedah menangani perubahan iklim akan berfokus kepada usaha menggalakkan penguatkuasaan Perjanjian Paris secepat mungkin.

Mesyuarat khas mengenai isu perubahan iklim Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS ke-8 diadakan di Beijing semalam. Xie Zhenhua dalam sidang media selepas mesyuarat itu berakhir menyatakan bahawa China dan AS memutuskan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga baharu, revolusi tenaga, meningkatkan keefisienan sumber tenaga, menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida serta mendorong penguatkuasaan Perjanjian Paris.

Sehubungan dengan itu, kerajaan China dan AS perlu menggalakkan kerajaan tempatan, syarikat, institusi penyelidikan dan pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian dalam usaha menangani perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China