Peperiksaan kelayakan masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang diadakan sekali setahun bermula di pelbagai tempat di China hari ini.
Tahun ini terdapat sejumlah 9.4 juta pelajar telah mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan tersebut. Selain itu, beberapa kolej di China merancang untuk menerima kemasukan 3.74 juta pelajar.
Peperiksaan tahun ini disifatkan sebagai peperiksaan yang paling ketat dalam sejarah kerana mana-mana pelajar yang menipu semasa peperiksaan akan menghadapi hukuman penjara maksimum tujuh tahun.