Cari:
Dialog China-AS Berhasil
2016-06-08 13:16:52 CRI Cetak

Dialog Strategik dan Ekonomi China-Amerika Syarikat (AS) pusingan ke-8 yang berlangsung selama dua hari berakhir di Beijing semalam, dengan mencapai matlamat dan hala tuju seperti yang diharapkan, terutamanya kesepakatan mengenai usaha sama menggerakkan perundingan berhubung Perjanjian Pelaburan Bilateral (BIT) dan memperkasakan kerjasama dalam bidang kewangan serta mengurus dan mengawal pertelingkahan yang masih wujud antara kedua-dua negara menerusi kaedah-kaedah yang bersifat membina.

Mengenai dialog ekonomi, Naib Perdana Menteri China, Wang Yang menyatakan bahawa hasil dialog itu amat memuaskan hingga merangkul lebih kurang 60 pencapaian. China dan AS menyedari pentingnya pelaksanaan pembaharuan struktur demi mengekalkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara secara berterusan. Dimaklumkan, Beijing akan bertindak untuk memperluas permintaan agregat secara sederhana di samping mempergiat pembaharuan terhadap struktur sistem pembekalan, manakala Washington berjanji bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menamatkan era bersejarah kadar faedah utamanya pada sifar peratus di negara itu yang bermula sejak Disember 2008 ketika pasaran kewangan global dilanda krisis, yang sekarang ini sedang menunggu Fed untuk mengatur gerak seterusnya dalam pasaran pertukaran asing. Kedua-dua kuasa besar ini juga bersetuju membawa senarai negatif masing-masing kembali ke meja rundingan BIT selepas melakukan kerja pengubahsuaian pada pertengahan Jun ini.

Selain itu, kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang kewangan juga mencapai kemajuan yang signifikan, antaranya pemantauan terhadap pencegahan aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pembuatan wang palsu dan sebagainya.

Sepanjang dialog berkenaan, China dan AS mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai usaha membina hubungan kuasa besar model baharu, meneroka bidang kerjasama pragmatik yang baharu, mengurus dan mengawal pertelingkahan secara sebaik-baiknya, serta meningkatkan penyelarasan dalam isu-isu rantau dan global.

Setiausaha Negara AS, John Kerry menyanjung tinggi dialog strategik tersebut. Beliau berkata, perbincangan selama dua hari itu membawa hasil yang amat baik kepada AS dan China ketika menghadapi cabaran-cabaran. Hanya menerusi koordinasi dan kerjasama, barulah dapat menjalin perkongsian mesra model baharu kedua-dua negara

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China