Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian ketika ditemui Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J.Lew di Dewan Besar Rakyat Beijing pada 7 Jun lalu.
Presiden Xi menegaskan, perkembangan hubungan China dan AS telah mencapai hasil yang memuaskan sejak hubungan kuasa besar model baharu dibina pada tahun 2013. Kedua-dua negara perlu menggembleng tenaga dan mengawal perselisihan pendapat dengan sebaik-baik mungkin bagi mendorong hubungan dua hala berkembang dengan stabil dan sihat.
Beliau juga berharap dapat bertukar-tukar pendapat berhubung dengan isu-isu yang perlu diberikan perhatian bersama dalam pertemuan dengan Presiden AS, Barak Obama dalam tempoh Sidang Kemuncak Kumpulan Negara 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou pada awal September depan.
Kerry dan Jacob J.Lew masing-masing menyatakan bahawa Presiden Obama menanti-nantikan pertemuan dengan Presiden Xi, dan berharap dapat bekerjasama dengan China untuk menjayakan Sidang Kemuncak G20.