Cari:
Rundingan Peringkat Tinggi Pertukaran Sosiobudaya China-AS di Beijing
2016-06-08 14:06:16 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong bersama-sama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mempengerusikan sidang pleno Rundingan Peringkat Tinggi Pertukaran Sosiobudaya China-AS pusingan ke-7 di Beijing semalam.

Liu Yandong menyatakan bahawa dalam tempoh enam tahun yang lalu, pertukaran sosiobudaya antara China dengan AS terus diperluas dan telah berkembang menjadi antara tiga tonggak utama dalam hubungan China-AS. Beliau berharap agar kedua-dua pihak dapat memastikan pertukaran sosiobudaya tersebut mampu membina hubungan negara gergasi jenis baharu, menggalakkan penyertaan rakyat kedua-dua negara dalam pelbagai program, meningkatkan kualiti dan peringkat pertukaran, menggalakkan peranan kerajaan sebagai pembimbing dan mengintensifkan program pertukaran menerusi mekanisme rundingan.

Kerry pula berkata, AS komited dalam usaha untuk mengembangkan hubungan dua hala yang saling menguntungkan dan menang-menang, selain bersedia untuk bersama-sama dengan China meneroka potensi kerjasama bagi memperdalam pertukaran dan kerjasama sosiobudaya kedua-dua negara.

Melalui rundingan kali ini, kedua-dua pihak telah menandatangani 12 perjanjian kerjasama, di samping mencapai 158 resolusi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China