Cari:
China Tegaskan Pendirian dalam Isu Laut China Selatan
2016-06-08 14:38:59 CRI Cetak

Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan ke-8 yang telah mencapai pelbagai konsensus dan hasil positif berakhir di Beijing semalam. China turut menegaskan pendirian dalam isu Laut China Selatan dan berharap agar AS menunaikan janji untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu yang melibatkan pertikaian wilayah.

Wakil khas Presiden China, Xi Jinping yang juga Naib Perdana Menteri, Wang Yang dan ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi bersama-sama dengan wakil khas Presiden AS, Barack Obama yang juga Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J.Lew menghadiri majlis penutupan dan sidang media dialog itu.

Ketika membicarakan isu Laut China Selatan, China menegaskan lagi pendirian bahawa pulau-pulau di Laut China Selatan adalah wilayah China sejak zaman kuno. China berhak untuk melindungi keutuhan dan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim yang sah. Keputusan China untuk tidak menerima dan tidak menyertai prosiding kes timbang tara yang dikemukakan Filipina berdasarkan undang-undang antarabangsa, termasuk Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) tetap tidak berubah. China berharap agar AS memainkan peranan yang lebih konstruktif dalam memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China