Cari:
Bon Renminbi Disenaraikan di Bursa Saham London
2016-06-09 13:22:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bon renminbi (RMB) bertempoh tiga tahun sebanyak tiga bilion yuan yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan China berjaya disenaraikan di Bursa Saham London pada 8 Jun lalu. Inilah kali pertama Kementerian Kewangan China mengeluarkan bon Renminbi di pasaran luar persisir, selain Hong Kong.

Naib Menteri Kewangan China, Shi Yaobin menyatakan bahawa kejayaan menerbitkan bon Renminbi di London kali ini bukan sahaja merupakan tindakan yang bermakna dalam proses liberalisasi kewangan China, malah mencipta sejarah dalam pembangunan pasaran modal global.

Shi Yaobin berkata, penerbitan bon Renminbi tersebut sekali lagi meningkatkan kredit dan kedudukan pasaran produk Renminbi, di samping untuk memenuhi permintaan produk yang selamat dalam pasaran di luar rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China