Cari:
PBOC dan FED Tandatangani MoU Buka Perkhidmatan Penjelasan RMB di AS
2016-06-09 13:25:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bank Rakyat China (PBOC) malam semalam mengumumkan bahawa banknya dan Ri­zab Persekutuan Amerika Syarikat (AS FED) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama untuk membuka perkhidmatan penjelasan renminbi (RMB) di AS pada masa depan.

Pada hari yang sama, PBOC pula mengumumkan bahawa banknya bersetuju untuk meluaskan program rintis Pelabur Institusi Asing Layak Renmimbi (RQFII) kepada AS dengan memberikan kuota agregat sebanyak RMB250 bilion (kira-kira RM153.5 bilion).

Menurut Pegawai PBOC, penandatanganan MoU tersebut dapat membantu syarikat dan institusi kewangan kedua-dua negara menjalankan urus niaga rentas sempadan RMB untuk memudahkan urusan perdagangan bilateral dan pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China