Cari:
Hubungan China-AS Tidak Dibenarkan Terjejas Ekoran Isu Laut China Selatan
2016-06-09 15:07:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pemahaman Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain terhadap tindakan dan tujuan China di kawasan perairan Laut China Selatan adalah salah. Tugasan segera yang perlu dilaksanakan oleh negara-negara terlibat pada ketika ini adalah membuat interpretasi yang betul tentang niat China serta mengelakkan bahaya sebenar dan kesan negatif ditimbulkan ekoran salah faham tersebut. Hubungan China dan AS begitu penting dan tidak dibenarkan terjejas ekoran isu Laut China Selatan.

Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai menyatakan demikian dalam rencananya yang bertajuk "Cara untuk Mengurangkan Perselisihan dalam Isu Laut China Selatan" yang dipaparkan dalam laman web Agensi Bloomberg AS baru-baru ini.

Cui dalam rencananya berkata, isu Laut China Selatan sebenarnya merupakan pertelingkahan dari segi tuntutan kedaulatan ke atas wilayah serta hak dan kepentingan maritim. Beberapa kenyataan dan langkah penempatan tentera yang dilakukan oleh AS bukan sahaja telah memuncakkan ketegangan serantau, bahkan menenterakan kawasan perairan berkenaan.

Ketika menyebut kes timbang tara Laut China Selatan, Cui berkata China tidak akan menyertai dan tidak menerima kes timbang tara berkenaan.

Tambah Cui lagi, walaupun mungkin wujud perselisihan dalam hubungan China dan AS, namun kedua-dua negara masih mempunyai kepentingan bersama. China dan AS masing-masing menyokong penyelesaian pertikaian berkenaan melalui rundingan damai dan dialog diplomatik. Laut China Selatan tidak patut menjadi medan pertarungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China