Cari:
Li Keqiang Hadiri Sidang Kemuncak Meja Bulat Jawatankuasa CEO Global ke-4
2016-06-09 12:41:47 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui pengurus peringkat tinggi syarikat multinasional (MNC) terkemuka yang menghadiri Sidang Kemuncak Meja Bulat Jawatankuasa CEO Global ke-4 di Dewan Rakyat Beijing semalam.

Dalam pertemuan itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengurus syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Firma Fortune 500, antaranya termasuklah Prologis, Royal DSM Belanda, Aluminum Co. America dan Goldman Sachs telah membentangkan pandangan dan cadangan mereka mengenai tema sidang kemuncak kali ini, iaitu Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-13: Peluang dan Cabaran Syarikat Multinasional.

Li Keqiang turut bertukar-tukar pendapat dengan para peserta. Beliau menegaskan bahawa kerajaan China akan mengambil lebih banyak langkah untuk menarik pelabur asing dan menyediakan persekitaran pasaran yang adil, saksama dan telus kepada syarikat domestik dan pelabur asing. China akan terus membuka pintu kepada dunia luar. China bersedia untuk berkongsi peluang pembangunan dengan syarikat dan pelabur asing dan mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang.

Para peserta menyifatkan, dalam pembangunan ekonomi China, peluang adalah lebih penting daripada cabaran dan China adalah destinasi pelaburan yang menarik. Syarikat-syarikat tersebut bersedia untuk mengambil bahagian dalam inovasi keusahawanan dan pembangunan hijau di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China