Cari:
Laut China Selatan Tidak Patut Jadi Lokasi Pertarungan Geopolitik
2016-06-09 14:20:06 CRI Cetak

Pada 25 Mei lalu, jurucakap Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS), Zhu Haiquan telah mengirim surat yang bertajuk, Laut China Selatan Tidak Patut Jadi Lokasi Pertarungan Geopolitik, kepada jabatan editorial akhbar New York Times untuk menyatakan pendirian dan prinsip kerajaan China dalam isu Laut China Selatan, selain membantah kritikan rencana pengarang yang bertajuk, Berani Bertarung di Laut China Selatan, yang disiarkan akhbar itu pada 21 Mei lalu.

Surat Zhu Haiquan itu telah dimuatkan dalam akhbar tersebut pada 1 Jun lalu.

Zhu Haiquan menegaskan, Laut China Selatan tidak sepatutnya menjadi lokasi pertarungan geopolitik. China berharap agar AS menghentikan tindakan menunjuk-nunjuk kekuatan tentera, sebaliknya memainkan peranan yang bertanggungjawab dan bersifat membina dalam usaha menggalakkan rundingan damai.

Zhu nenyatakan bahawa China memelihara kedaulatan terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan dan melaksanakan hak yang sah. Satu-satunya jalan penyelesaian terhadap pertikaian Laut China Selatan adalah melalui rundingan dan perbincangan secara terus dengan negara yang terbabit. China telah menandatangani perjanjian sempadan melalui rundingan damai dengan 12 negara daripada 14 negara jiran. Penyelesaian isu Laut China Selatan juga sewajarnya dilakukan melalui cara tersebut.

Dalam surat itu, Zhu menyatakan bahawa China sentiasa mengawal diri, di samping berusaha agar isu Laut China Selatan dapat diselesaikan menerusi saluran diplomatik. Pembinaan yang dijalankan oleh China di pulau dan terumbu berkenaan adalah untuk tujuan baik dan tidak akan menjejaskan kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan perairan tersebut. Tindakan China tidak menyertai prosiding dan tidak menerima kes timbang tara yang difailkan oleh Filipina secara sepihak juga adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China