Cari:
Redakan Ketegangan Situasi di Laut China Selatan
2016-06-10 12:55:51 CRI Cetak

Laman web akhbar The Wall Street turut menyiarkan surat jurucakap Kedutaan Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Zhu Haiquan yang menjelaskan pendirian dan prinsip China dalam isu Laut China Selatan, selain menyatakan bantahan terhadap rencana pengarang yang bertajuk, Cabaran di Laut China Selatan, yang disiarkan akhbar itu pada 3 Jun lalu.

Surat itu menyatakan bahawa punca pertikaian Laut China Selatan bukan kerana China mempunyai cita-cita terhadap wilayah negara lain, sebaliknya wilayah China dicerobohi oleh negara lain.

Menurut surat tersebut, Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) perlu menghormati hak kedaulatan yang telah ditetapkan sebelum dokumen itu diluluskan. China tidak menerima dan tidak mengiktiraf kes timbang tara yang dikemukakan secara sepihak oleh Filipina, yang merupakan tindakan untuk melaksanakan hak kedaulatan aturan UNCLOS. China telah menandatangani perjanjian sempadan melalui rundingan damai dengan 12 negara daripada 14 negara jiran. Penyelesaian isu Laut China Selatan juga sewajarnya dilakukan melalui cara tersebut.

Surat itu menegaskan bahawa tindakan ketenteraan AS di Laut China Selatan hanya akan merumitkan lagi situasi. Cubaan rencana pengarang akhbar The Wall Street untuk menghasut AS amat membimbangkan. Tindakan untuk menjadikan Laut China Selatan sebagai medan pertarungan tidak berfaedah kepada mana-mana pihak. AS sentiasa menegaskan pentingnya meredakan ketegangan dan menyelesaikan pertikaian secara diplomatik. China berharap agar AS mengambil tindakan selaras dengan kenyataan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China