Cari:
Pendirian China yang Menolak Kes Timbang Tara Adalah Rasional dan Sah
2016-06-11 14:44:37 CRI Cetak

China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya, ini mempunyai bukti sejarah dan undang-undang dengan sepenuhnya. Jadi, China menolak menyertai kes timbang tara berhubungan isu Laut China Selatan yang dikemukakan oleh Filipina secara sepihak dan tidak menerima keputusan timbang tara itu adalah rasional dan sah. Demikian dinyatakan pakar isu antarabangsa yang terkenal yang juga profesor sepanjang umur Fakulti Politik dan Sains Sosial Asia Timur Universiti Houston AS, Peter J.Li baru-baru ini.

Peter J. Li menyatakan bahawa menurut peraturan Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), penyelesaian isu yang melibatkan kedaulatan wilayah tidak terkandung dalam konvensyen itu, negara pemeterai konvensyen itu berhak mengeluarkan kenyataan yang menolak timbang tara yang bersifat memaksa. Menurut peraturan berkenaan, pertikaian yang bersifat eksklusif bagi sesebuah negara tidak boleh dibawa oleh negara lain ke tribunal timbang tara, bahkan tribunal timbang tara juga tidak berhak membicarakan kes itu. Kes timbang tara berhubung pertikaian Laut China Selatan membabitkan hak kedaulatan, penetapan garis sempadan dan hal ehwal ketenteraan, maka China mengeluarkan kenyataan yang bersifat eksklusif. Dengan ini, kes timbang tara itu mencabuli kedaulatan China terhadap Laut China Selatan sekali gus melanggar UNCLOS.

Beliau menganggap bahawa penyelesaian pertikaian Laut China Selatan melalui rundingan damai sepatutnya menjadi persepakatan pelbagai pihak. Ketegangan situasi Laut China Selatan yang semakin meruncing tentu akan menjejaskan kerjasama China-AS dalam pelbagai bidang, dan juga akan memburukkan suasana kerjasama kedua-dua negara dalam memelihara kedamaian dan kestabilan Asia bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China