Cari:
Campur Tangan Pihak Ketiga dalam Isu Laut China Selatan Rumitkan Situasi
2016-06-11 15:01:30 CRI Cetak

Rusia percaya bahawa campur tangan kuasa ketiga dalam isu Laut China Salatan hanya akan merumitkan lagi situasi rantau tersebut. Demikian nyata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova dalam sidang media semalam .

Menurut lamen sesawang Kementerian Luar Rusia, Zakharova berkata, Rusia menganggap pihak-pihak yang terbabit dalam isu Laut China Selatan perlu mematuhi prinsip yang tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya terus mencari jalan penyelesaian secara politik berdasarkan Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan Panduan Tindakan Susulan Pelaksanaan DOC. Rusia menganggap pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian Laut China Selatan sepatutnya mengadakan dialog dan rundingan.

Zakharova mengatakan bahawa Rusia akan terus menyokong China dan negara-negara ASEAN menggubal Kod Tatalaku di Laut China Selatan(COC). Serentak itu, Rusia menyeru pelbagai pihak di rantau Asia-Pasifik menetapkan prinsip rangka bagi memperkukuh keselamatan dan meningkatkan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China