Merkel akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 12 hingga 14 Jun ini atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Merkel berkata, beliau akan mengunjungi bandar Shenyang, ibu kota provinsi Liaoning di timur laut China dalam tempoh lawatannya selain bersama dengan PM Li mempengerusikan rundingan kerajaan China-Jerman pusingan ke-4.
Beliau menambah, rundingan antara kerajaan Jerman dan China amat penting kerana kerjasama kedua-dua negara berjaya diperluas dan diperkasakan melalui mekanisme rundingan tersebut.