Cari:
12 Terbunuh dalam Siri Serangan Bom di Luar Bandar Damsyik
2016-06-12 14:28:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 55 lagi cedera dalam siri serangan bom di pekan Sayyida Zeinab, yang berjarak kira-kira 10 kilometer dari selatan bandar Damsyik, ibu negara Syria pada pagi 11 Jun lalu.

Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi dalam kenyataannya pada hari yang sama mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan tersebut.

Menurut kenyataan itu, serangan itu bertujuan untuk menjejaskan kestabilan rantau itu, di samping memberi sokongan kepada kumpulan pengganas semasa tentera kerajaan Syria mencapai kemajuan dalam usaha memerangi kumpulan pengganas di negara itu. Negara-negara yang menyokong dan membiayai kegiatan keganasan bertanggungjawab terhadap tindakan keganasan tesebut.

Kini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap siri serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China