Cari:
Kes Timbang Tara Isu Laut China Selatan Jejaskan Penyelesaian Pertikaian secara Damai
2016-06-12 16:14:04 CRI Cetak

Tindakan Filipina yang mengemukakan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan secara sepihak telah mejejaskan usaha China untuk menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai. China mempunyai alasan yang sah untuk menolak timbang tara bersifat memaksa itu.

Demikian dikatakan pakar isu antarabangsa Amerika Syarikat yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerbitan Majalah Executive Intelligence Review AS cawangan Washington, William Jones ketika diwawancara oleh wartawan semalam.

Jones berkata, kerajaan China sentiasa berpegang pada menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan dengan Filipina melalui rundingan, tetapi Filipina dengan sokongan AS mengemukakan kes timbang tara yang bersifat memaksa secara sepihak. Tindakan Filipina itu bukan sahaja tidak berfaedah bagi penyelesaian pertikaian secara damai, malah juga akan menyusahkan rundingan yang mungkin akan diadakan pada masa depan.

Isu kedaulatan wilayah tidak terkandung dalam Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS). Mengenai pertikaian penetapan garis sempadan laut, China telah mengeluarkan kenyataan menurut peraturan UNCLOS pada tahun 2006, iaitu pertikaian berkenaan tidak boleh diselesaikan oleh pihak ketiga. Sehubungan itu, Jones menganggap China memang mempunyai alasan yang sah untuk menolak timbang tara itu.

Jones menegaskan bahawa tuntutan kedaulatan China terhadap Laut China Selatan adalah rasional dan sah. Bukti sejarah yang ditunjukkan China mustahil dinafikan.

Ketika membicarakan peranan yang dimainkan AS dalam kes timbang tara itu, Jones menganggap bahawa campur tangan AS dalam isu Laut China Selatan merupakan punca terutama yang mengakibatkan ketegangan situasi Laut China Selatan semakin meruncing.

Jones juga membantah tuduhan yang tidak berasas terhadap China. Beliau mengatakan, AS barulah merupakan kuasa utama yang menenterakan Laut China Selatan. Selain itu, perdagangan luar China banyak bergantung pada laluan di Laut China Selatan, maka China tidak pernah dan juga tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengancam kebebasan pelayaran di kawasan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China