Cari:
Forum Tanah Besar-Taiwan ke-8 di Xiamen
2016-06-12 17:42:14 CRI Cetak

Forum Tanah Besar-Taiwan ke-8 dirasmikan di Xiamen hari ini. Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Yu Zhengsheng telah berucap dalam majlis perasmian itu.

Yu Zhengsheng terlebih dahulu atas amanah Presiden China, Xi Jinping menyampaikan salam yang ikhlas kepada para peserta terutamanya saudara setanah air dari Taiwan.

Yu Zhengsheng menegaskan bahawa dasar Tanah Besar terhadap Taiwan adalah jelas dan tidak berubah, iaitu mengekalkan dasar politik "Konsensus 1992", menentang sekeras-kerasnya "kemerdekaan Taiwan", memelihara prinsip satu China, terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam pelbagai bidang, memelihara perkembangan hubungan Tanah Besar-Taiwan secara damai dan menjaga kedamaian dan kestabilan situasi Selat Taiwan. Tanah Besar akan terus menyempurnakan dasar bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kepada penduduk Taiwan yang bekerja dan menginap di Tanah Besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China