Cari:
Rundingan China-Jerman Masuki Pusingan Baharu
2016-06-13 14:16:03 CRI Cetak
China berkeyakinan penuh terhadap hubungan dan kerjasama antara China dengan Jerman pada masa depan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika ditemui Canselor Jerman, Angela Merkel yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke China dan menghadiri rundingan kerajaan China-Jerman pusingan ke-4 di Beijing semalam.

Li berkata, Garis Kasar Tatalaku Kerjasama China-Jerman yang ditetapkan dalam rundingan kerajaan China-Jerman pusingan ke-3 telah dilaksanakan selangkah demi selangkah.

Kerjasama bilateral mencapai kemajuan secara berterusan dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua negara memerlukan inovasi untuk memperkasakan kerjasama dan memperluas kepentingan bersama.

China bersedia untuk membincangkan kerjasama tentang pemadanan "Buatan China 2015" dengan "perindustrian 4.0" Jerman, kerjasama pasaran pihak ketiga, pengeluaran pintar serta inovasi dan keusahawanan.

China mengalu-alukan usahawan pelbagai negara termasuk Jerman menambah pelaburan di China.

Pihaknya berharap agar China dan Jerman meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam Kumpulan 20, bersama-sama mendorong pertumbuhan ekonomi global serta memelihara keamanan dan kestabilan dunia.

Merkel pula berkata, rundingan kerjasama dengan China merupakan mekanisme bilateral yang penting dan pendorong ke arah perkembangan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang.

Jerman bersedia untuk bersama-sama dengan China dalam usaha melaksanakan garis kasar kerjasama tersebut dan mengadakan rundingan pusingan ke-4 demi menggalakkan hubungan dan kerjasama kedua-dua negara terus berkembang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China