Cari:
Kes Tembakan Orlando Ragut 50 Nyawa
2016-06-13 11:52:29 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 53 yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab malam di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Orlando, John Mina, ketika kejadian, suspek yang membawa senapang dan pistol bertindak sekitar pukul 2.00 pagi semalam.

Suspek sempat berbalas tembakan dengan anggota polis, dan kemudian menculik beberapa orang mangsa untuk dijadikan tebusan sebelum sepasukan anggota polis me­nyerbu masuk ke dalam kelab itu, menyelamatkan tebusan dan menembak mati lelaki bersenjata itu.

Kelab Malam Pulse yang terletak di pusat bandar Orlando itu sering dikunjungi golongan gay.

Presiden Barack Obama sudah menerima taklimat daripada jabatan keselamatan dalam negeri dan penasihat pencegahan keganasan serta meminta maklumat terkini dari semasa ke semasa daripada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai persekutuan lain yang sedang bekerjasama dengan polis Orlando berhubung dengan kes itu.

Rumah Putih berkata, Obama sudah mengarahkan FBI menyediakan bantuan yang diperlukan untuk menyiasat kejadian itu.

Tragedi itu disifatkan sebagai insiden tembakan beramai-ramai yang terburuk dalam sejarah AS. Pihak berkuasa yang sedang menyiasat kes tersebut mengklasifikasikannya sebagai tindakan keganasan.

Menurut media tempatan, suspek tersebut yang dikenali Omar Mateen, 29, berketurunan Afghanis­tan dan tinggal di Port St Lucie, Florida.

Mateen dikatakan membuat panggilan di talian 911 untuk menyatakan ikrar taat setia kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) sebelum melakukan pembunuhan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China