Cari:
China Harap CTBT Berkuatkuasa
2016-06-14 11:59:02 CRI Cetak

China menghargai kemustahakan Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Senjata Nuklear (CTBT) yang berperanan untuk menggerakkan perlucutan dan pengawalan senjata nuklear serta memelihara kedamaian dan keselamatan global.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar China, Li Baodong ketika berucap pada mesyuarat peringkat menteri sempena memperingati ulang tahun ke-20 tercapainya CTBT, di Vienna, semalam.

Baodong mengemukakan beberapa saranan yang diharap diambil perhatian dan pertimbangan oleh pihak-pihak terbabit supaya memastikan CTBT dapat dikuatkuasakan seawal mungkin. Antaranya adalah sebagai berikut: asas politik bagi menjamin penguatkuasaan CTBT perlu diperkukuh demi menyediakan suasana selamat secara menyeluruh yang boleh membantu menghapuskan punca kewujudan dan pertambahan senjata nuklear; kewibawaan dan keefisienan sistem pengawalan senjata nuklear antarabangsa harus dipertahankan; dan lima negara pemilik senjata nuklear, iaitu China, Amerika Syarikat, Rusia, Britain dan Perancis, sepatutnya bertindak sebagai teladan dalam hal ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China